-
►
2008
(48)
-
►
May
(11)
- Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Gardenia
- Hari Keluarga SKSJ, Sunshine Bay Resort, PD
- Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SK Selayang J...
- Bowling Tournament
- Karnival Permainan Pendidikan Khas Daerah Gombak 2...
- Program Homestay di Dorani Homestay, Sg Besar
- Majlis Sambutan Hari Jadi KPBP SKSJ
- Temasya Sukan Olahraga & Sukaneka SK Selayang Jaya...
- Program Pemakanan "Bersuka Ria Bersama Sayur-sayur...
- Himpunan Sajak Khas Untuk Kanak2 Istimewa
- Mesyuarat Ibu Bapa KKBP Bersama Guru Besar
-
►
May
(11)
19 May 2009
13 May 2009
08 April 2009
Latihan Dalam Perkhidmatan - Kursus RPI
Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Kursus Penilaian dan Pentaksiran Individu Pelajar Pendidikan Khas (RPI) yang dianjurkan oleh PPD Gombak telah diadakan pada 4 April yang lalu bertempat di SK Taman Prima. Kursus yang dikelolakan oleh KPBP SKSJ ini disasarkan kepada 55 orang guru-guru pendidikan khas di daerah Gombak untuk menyalurkan maklumat terkini dan format baru penyediaan RPI.
Rancangan Pengajaran Individu (RPI) merupakan dokumen rasmi yang merekodkan perkembangan dan pencapaian murid pendidikan khas bagi satu-satu kemahiran atau tajuk yang diajar.RPI yang mesti ditulis dan dikemaskinikan dari masa ke semasa ini membantu guru mengetahui perkembangan murid bagi membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran seterusnya.
Selain mendengar ceramah, para peserta kursus turut terlibat dalam bengkel secara berkumpulan. Setiap kumpulan diberikan contoh permasalahan murid dimana mereka diminta menyediakan satu RPI untuk murid berkenaan. Majlis berakhir sekitar 2.00 petang dengan penyampaian sijil dan cenderamata kepada para penceramah dan peserta. Di kesempatan ini, KPBP SKSJ mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua AJK pelaksana program, penceramah dan para peserta yang menjayakan kursus.
31 March 2009
Terapi Kuda
Terapi kuda KPBP SKSJ pada tahun ini telah diadakan di Jelapang Warisan, Sg Buloh. Jelapang Warisan Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2004 bagi menyediakan perkhidmatan yang komprehensif dalam bidang landskap dan penternakan. Selain menunggang kuda, murid-murid juga dilihat begitu teruja dapat melihat dengan lebih dekat pelbagai haiwan lain yang dipelihara di sini seperti rusa, burung unta, ular sawa dan juga iguana. Landskapnya juga amat indah dengan pokok-pokok hiasan yang berwarna-warni.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman berikut : http://jelapangwarisan.com/
13 March 2009
Sambutan Maulidur Rasul 1430H
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Sambutan Maulidur Rasul 1430H Peringkat Sekolah telah diadakan pada 13hb Mac 2009. Mengikut perancangan awal, majlis akan dimulakan dengan pertandingan perarakan namun tentatif majlis terpaksa dirombak disebabkan hujan lebat seawal pagi lagi. Sementara menunggu hujan berhenti, majlis diteruskan dengan acara lain seperti Tilawah Al-Quran, Kuiz Jawi, Busana Muslim dan pertandingan azan. Dengan tema "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah", sambutan kali ini berlangsung dengan sederhana namun tetap meriah dengan penglibatan menyeluruh semua warga sekolah. Guru-guru dan murid KPBP SKSJ bekerjasama sehari sebelum majlis untuk menyediakan sepanduk, bunga manggar dan bendera bagi pertandingan perarakan. Walaupun tidak berjaya mendapat tempat, namun semangat warga KPBP SKSJ untuk menjayakan majlis amatlah dihargai.
Konvokesyen KPLI-LPBS, Putrajaya (12hb Mac 2009)
Alhamdulillah!! Syukur yang tidak terhingga kami panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya, kami bertiga berjaya menamatkan pengajian KPLI LPBS. Pada 12hb Mac 2009, kami dianugerahkan diploma pendidikan dengan pengkhususan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran selepas setahun 6 bulan menjalani kursus di Institut Perguruan Ilmu Khas. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah di IPIK, Encik Rahim Talib selaku pensyarah pembimbing, Pn Yasmin Azra dan Pn Hashimah yang sudi membimbing sepanjang praktikum dan tidak lupa rakan-rakan guru yang banyak memberi sokongan dan tunjuk ajar.
05 March 2009
Perkhidmatan Pergigian Sekolah
- Gosok gigi dan berkumur-kumur selepas makan
- Gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari sebelum tidur dan selepas bangun tidur.
- Amalkan pemakanan sihat. Elakkan makanan yang manis dan masin.
- Lawatan ke klinik pergigian hendaklah dijadikan satu rutin. Pemeriksaan setiap tiga bulan sekali atau sekurang-kurangnya sekali setahun adalah perlu, bergantung kepada tahap kesihatan mulut.
- Perkara asas yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mnggalakkan anak-anak menggosok gigi ialah dengan menjadikan amalan itu menyeronokkan. Di pasaran ada pelbagai jenis berus gigi untuk kanak-kanak yang didatangkan dengan pelbagai warna dan dikemaskan dengan pelbagai watak kartun. Pilih satu yang anak-anak anda gemar.Berus gigi hendaklah ditukar sekurang-kurangnya setiap 3bulan sekali.
- Begitu juga dengan pemilihan ubat gigi. Jika boleh belikan ubat gigi khas untuk kanak-kanak kerana ubat gigi untuk dewasa kadang kala memiliki bau dan rasa yang tidak disenangi mereka.
04 March 2009
Program Jalinan Mesra Pendidikan Khas-Aliran Perdana
Program ini akan berjalan setiap hari Isnin, dimana murid-murid kelas aliran perdana tahun 4 atau 5 akan dipilih untuk menjadi abang dan kakak angkat murid KPBP SKSJ untuk sepanjang minggu tersebut. Sepanjang minggu ini, program tersebut dilihat berjalan dengan jayanya kerana kakak/abang angkat dilihat komited untuk memberikan kerjasama. Ramai juga antara mereka yang hadir ke pendidikan khas pada waktu rehat untuk membantu adik angkat masing-masing. Agenda program adalah seperi berikut :
- Murid berkumpul di Pendidikan Khas
- Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Patriotik
- Bacaan Ikrar
- Ucapan GB/GPK Khas/ Kaunselor
- Tayangan Slide Show dan penerangan berkaitan pendidikan khas oleh GPK Pend.Khas
- Program Adik Angkat - Setiap murid aliran perdana memilih seorang murid khas untuk dijadikan adik angkat. Abang/Kakak angkat berkenal-kenalan dengan adik angkat masing-masing dan membawa mereka berjalan di Taman Teraputik
- Majlis Bersurai
28 February 2009
Penggunaan media dan teknologi dalam P&P
Seperti yang kita sedia maklum, Kementerian Pendidikan telah membekalkan sekolah- sekolah dengan pelbagai jenis teknologi seperti perkakasan dan perisian dengan tujuan untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara teknologi utama yang dibekalkan kepada sekolah ialah komputer dan perantinya, Digital Multimedia Systems, rancangan TV Pendidikan, dan perisian pendidikan (courseware). Malahan bagi memastikan keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Kementerian Pendidikan telah memberi latihan kepada guru-guru melalui latihan praperkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan tentang cara mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Latihan juga diberikan bagi mendedahkan guru-guru dengan pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk memilih dan menggunakan teknologi yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaraan. Adalah menjadi dasar Kementerian Pendidikan supaya peralatan teknologi yang dibekalkan di sekolah, digunakan secara maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
22 February 2009
Mesyuarat Agong PIBG SK Selayang Jaya 2009
- Mengesahkan minit mesyuarat PIBG tahun 2008
- Membentangkan laporan aktiviti dan penyata kewangan 2008
- Membincangkan hal-hal berbangkit
- Perbentangan aktiviti 2009
- Membahaskan Usul
Antara usul dan cadangan yang dikemukakan oleh ibu-bapa Pendidikan Khas adalah berkaitan masalah nyamuk di Blok Pendidikan Khas. Permasalahan ini telah beberapa kali diutarakan, malahan Pn. Yasmin selaku GPK pendidikan khas juga telah memanjangkan surat memohon semburan nyamuk diadakan. Namun sehingga kini, masih belum ada sebarang tindakan diambil. Moga-moga permohonan kali ini diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan.
23 January 2009
Jom Kembali Ke Sekolah
17 November 2008
Lawatan Sambil Belajar Ke Seremban
Pada 13 November 2008, KPBP SKSJ telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke sekitar Seremban. Seramai 44 orang murid dan guru bertolak dari SKSJ seawal 8.30 pagi dan tiba di Seremban sekitar jam 10 pagi. Seusai menjamah sarapan pagi, kami dibawa ke Kilang Yakult. Pegawai yang bertugas amat mesra dan penerangan yang diberi juga jelas dan dapat menarik perhatian lebih-lebih lagi kanak-kanak. Masing-masing pulang dengan bungkusan minuman yakult yang dibeli dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran..jpg)
.jpg)
Kemudiannya, kami dibawa pula ke Taman Tasik Seremban untuk menikmati santapan tengahari. Seusai makan dan solat, lawatan diteruskan ke Jelita Ostrich Farm. Setibanya disana, murid-murid begitu teruja kerana dapat melihat burung unta dari dekat, malahan diberi peluang untuk menunggang dan menyaksikan perlawanan F1 burung unta. Setiap yang menunggang juga turut diberikan sijil oleh pihak Jelita Ostrich Farm. Petangnya pula, kami dibawa ke ladang penanaman sayur-sayuran secara aerofonik. Disini kami berpeluang mempelajari teknik penanaman sayur-sayuran yang terkini di negara kita. Namun demikian, cuaca yang tidak mengizinkan menyebabkan lawatan ke ladang sedikit terganggu. Sekitar jam 6 petang, rombongan bertolak pulang dan tiba di sekolah pada pukul 7.30 malam.
.jpg)
12 November 2008
Majlis Sambutan Hari Jadi (Jul-Dis 2008)
Hari Kanak-Kanak (RIMUP SKSJ)
Program RIMUP SK Selayang Jaya telah diadakan pada 10 November 2008, bersempena dengan sambutan Hari Kanak-Kanak. Penglibatan murid secara menyeluruh dapat dilihat melalui acara sukaneka. KPBP SKSJ mengambil bahagian dalam 2 acara iaitu Bom Beracun dan acara bawa bola pingpong dalam sudu. Walaupun setiap murid bakal membawa hadiah yang sama, namun mereka tetap bersaing bersungguh-sungguh untuk memenangi acara masing-masing. 10 November 2008
Peperiksaan Akhir Tahun 2008
03 November 2008
Hi-Tea SK Selayang Jaya
25 October 2008
Perkhemahan Pendidikan Khas
Friendly Relationship Through Pictures
Pada 22hb Oktober 2008 yang lalu, KPBP SKSJ telah menghantar 2 orang murid, Yau Shyh Weng dan Muhammad Iklil untuk menyertai pertandingan melukis "Friendly Relationship Through Pictures" di SK Gombak Setia. Program ini dianjurkan oleh MAY Asaka Center, Jepun (May Library) untuk mengeratkan tali silaturrahim antara Malaysia dan Jepun dalam mendalami kebudayaan antara kedua-dua negara. Tahun lepas, KPBP SKSJ berjaya merangkul hadiah johan melalui adik Teng Zao Yong. Walaupun tahun ini kami tidak dapat mengulangi kejayaan seperti tahun lepas, namun semangat murid-murid tidak pernah luntur. Sesungguhnya kami amat berbesar hati kerana kanak-kanak pendidikan khas diberi peluang untuk turut sama melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti bertaraf antarabangsa seperti ini. Semoga program ini akan diteruskan lagi di tahun akan datang.
.jpg)
12 October 2008
Perasmian Bulan Pendidikan Khas 2008
Perasmian Bulan Pendidikan Khas 2008 telah diadakan pada 13 Oktober 2008 dan disempurnakan oleh Guru Besar SKSJ, Pn Jamilah Abdul Rahman. Murid-murid KPBP mempersembahkan senam aerobik dan Brain Gym. Sepanjang bulan Oktober ini, KPBP SKSJ telah merancang beberapa aktiviti antaranya persembahan murid, jualan amal dan pameran poster . 
07 October 2008
18 September 2008
Kerja-kerja Menaik Taraf Blok KPBP SKSJ
15 August 2008
Projek Pembangunan KPBP SKSJ
13 August 2008
KPBP SKSJ On EduWebTV
Alhamdulillah, KPBP SKSJ maju setapak lagi dalam dunia maya apabila produksi EduWebTV berbesar hati untuk mengadakan liputan dan sesi temuramah berkenaan terapi berkuda yang dijalankan kepada murid-murid KPBP.
EduWebTV adalah TV pendidikan berasaskan web yang telah dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan mula disiarkan pada 1 Mac 2008. Terdapat 7 jenis rancangan yang telah disusun iaitu Berita, Wawancara, Akademik, Rencana, Interaktif, Rancangan TV Pendidikan dan Siaran Langsung. Kesemua ini boleh dicapai di alamat http://www.eduwebtv.com pada bila-bila masa.
03 August 2008
Sambutan Hari Lahir Dharshan
25 July 2008
Aktiviti Melukis Mural
17 July 2008
Terapi
11 July 2008
Latihan Pusat Karnival Permainan
04 July 2008
Kursus Terapi Muzik dan Brain Gym Guru-Guru PKBP Daerah Gombak
26 June 2008
Majlis Perpisahan Pn.Khamisah Bt Nik
Lawatan Pendidikan Khas Daerah Gombak Ke Johor
Pada 18 dan 19 Jun 2008 yang lalu, Pendidikan Khas Daerah Gombak telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Johor Darul Takzim. KPBP SKSJ turut serta menyertai lawatan tersebut yang diwakili oleh 3 orang murid iaitu Nurul Alya Asyikin, Muhd Aisamuddin dan Mohd Mustaqim serta 2 orang guru pengiring, Pn Rahimah dan Cik Nurul Azlina.
Tujuan utama lawatan ini ialah untuk melawat Sekolah Pendidikan Khas (V) Indah Pura di Kulai. Ia bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang peluang-peluang yang boleh diisi oleh golongan OKU. Murid-murid juga berpeluang melihat dengan lebih dekat kursus yang ditawarkan dan bagaimana ia dikendalikan.
Selain daripada melawat sekolah tersebut, murid-murid juga dibawa bersiar-siar di Danga Bay.
20 May 2008
Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Gardenia
Walaubagaimanapun, kami telah diberitahu lebih awal oleh pihak Gardenia agar tidak mengambil gambar sepanjang lawatan tersebut. Bau harum roti membuatkan perut kami mula berkeroncong. Daripada proses menguli hinggalah pembungkusan, semuanya dilakukan dengan menggunakan mesin. Namun, pekerja-pekerjanya nampaknya begitu cekap menjalankan tugas masing-masing. Setiap proses dipantau agar mutu roti terjaga. Selesai lawatan, setiap pelawat dihadiahkan ole-ole dari pihak Gardenia berupa bungkusan roti. Terima Kasih Daun Keladi. Kemudiannya, kami melawat Taman Tasik Shah Alam di Seksyen 2. Murid-murid berpeluang bermain di taman permainan. Bahkan guru-guru juga tidak melepaskan peluang untuk beristirehat dan merehatkan minda bermain buaian bersama murid-murid. Lawatan berakhir pada pukul 2.00 petang.
19 May 2008
Hari Keluarga SKSJ, Sunshine Bay Resort, PD
Pada malamnya pula, kami dihidangkan dengan sajian BBQ oleh pihak hotel. Majlis makan malam dimeriahkan lagi dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tah siapa yang tahu. Bagi yang bernasib baik, pulang membawa hamper besar. Namun tak kurang juga yang pulang dengan hanya sekaki payung. Apa yang penting, tiada yang pulang dengan tangan kosong. Tahniah dan penghargaan kami tujukan kepada ahli-ahli BKGK, Pn Samsiah dan Pn Rokiah terutamanya yang berusaha mencari penaja dan dana untuk cabutan bertuah tersebut.
Pada hari kedua program, seawal 7.30 pagi lagi acara aerobik telah dimulakan. Oleh kerana permintaan dari guru-guru, aerobik pagi itu dimulakan dengan tarian poco-poco. Kelihatannya tarian poco-poco ini mula mendapat sambutan semenjak dipersembahkan oleh Rumah Kuning pada temasya sukan yang lalu. Seterusnya, acara diteruskan lagi dengan tarian aerobik lagu bangra yang diketuai oleh pasangan adik beradik, Farisya dan Fazrina. Gelek jangan tak gelek dik...
Seusai beraerobik, kami bergerak pula ke pantai untuk aktiviti permainan pantai iaitu bola baling dan bola beracun. Masing-masing nampaknya bersemangat untuk bersukan. Masakan tidak, di sekolah masing-masing sibuk mengajar anak murid hingga tiada masa untuk menunjuk bakat kesukanan masing-masing. Setelah hampir sejam bermain, kami diberi peluang untuk menjalankan aktiviti bebas. Ada yang terjun ke laut, ada yang sibuk dengan ‘babana boat’ dan ramai juga yang tak lepaskan peluang mandi di kolam renang.
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SK Selayang Jaya
Semoga warga pendidik kita terus tabah dan bersemangat meneruskan kerjaya mereka yang dipandang mulia disisi masyarakat. “Guru Cemerlang, Negara Terbilang”
unit pendidikan khas pendidikan khas masalah pembelajaran kpbp pkbp ppki kanak-kanak istimewa kanak-kanak berkeperluan khas ciri-ciri kanak-kanak khas autisme sindrom down hiperaktif cerebral palsi disleksia brain gym terapi untuk kanak-kanak khas terapi kuda terapi renang terapi muzik taman teraputik refleksiologi senarai sekolah khas sk selayang jaya sksj himpunan sajak kanak-kanak





















.jpg)
.jpg)











.gif)









